suria

Majikan didakwa pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tampil mohon maaf

Suspek memohon maaf atas insiden itu.

MAJIKAN yang didakwa menyerang dua pengawal peribadinya yang berpuasa tampil membuat permohonan maaf.

"Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal saya telah menyinggung perasaan sesiapa sahaja, saya rasa saya harus meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal saya," katanya dalam bahasa Mandarin di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal peribadi dakwa dipukul kerana berpuasa, 4 lelaki ditahan polis

"Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan," katanya yang digari oleh dua anggota polis.

Dia kemudiannya dibawa dengan kereta polis.

Pada Rabu, polis menerima laporan mengenai lelaki itu, yang difahamkan kesal kerana dua pengawalnya berpuasa pada bulan Ramadhan.

Pengadu, pengawal berusia 26 tahun, memberitahu polis bahawa kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Jalan Pinang.

Dia mendakwa bahawa dia dan rakannya ditampar setelah memberitahu suspek bahawa mereka berpuasa ketika disoal.

Tambah pengadu, mereka kemudian mengikuti suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, di mana mereka dipukul dengan tongkat.

Suspek juga dikaitkan dengan aktiviti perjudian haram dan pinjaman ah long.

Polis merampas jongkong emas dan wang tunai bernilai RM28.54 juta dalam bentuk wang asing, telefon bimbit, tongkat, sepucuk pistol dan lima peluru ktika serbuan di Bukit Tinggi pada Rabu.

Polis Dang Wangi dijangka menyelesaikan siasatan pada Isnin dan kemudian akan merujuk kertas siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain