suria

5 pemain badminton positif Covid-19

Sesi latihan juga dihentikan untuk beberapa hari berikutnya

AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) terpaksa ditutup kerana lima pemain kebangsaan disahkan positif Covid-19.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, kelima-lima mereka tinggal di Akademi, sambil menambah bahawa mereka yang berhubung dengan mereka kini dikuarantin.

Kata BAM, kes-kes tersebut juga telah dilaporkan ke pejabat kesihatan daerah yang terletak di Kepong dan kesemua yang tinggal di situ juga telah disaring.

Mereka turut memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa semua langkah yang diperlukan diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pemain, staf, dan pelatih dan kerja-kerja sanitastelah dilakukan pada Jumaat.

Sesi latihan juga dihentikan untuk beberapa hari berikutnya sementara aktiviti sekolah akan dijalankan secara dalam talian. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain