suria

Kes Covid-19 meningkat, sekolah di 7 daerah PKP di Kelantan ditutup

Sekolah yang terlibat perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Gambar Hiasan

KES Covid-19 dilihat kembali meruncing di negara ini.

Pada Sabtu misalnya, sebanyak 2331 kes direkodkan di negara ini.

Terbaharu, semua sekolah di tujuh kawasan di negeri Kelantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai ditutup bermula Ahad.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zulkernai Fauzi dalam satu surat pekeliling yang diedarkan berkata, institusi pendidikan diarahkan untuk tutup sehingga 24 April depan.

"Hasil mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Kelantan petang semalam (Sabtu) mencadangkan menutup semua sekolah dibawah KPM di tujuh daerah yang dilaksanakan PKP," katanya menerusi surat pekeliling itu.

Beliau juga berkata, semua sekolah di tujuh daerah itu perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), manakala semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.

Tujuh daerah tersebut ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Tumpat dan Tanah Merah.Tiga lagi jajahan iaitu Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai tidak berada diawah arahan PKP.

Setakad Ahad, tiga lokasi di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Sekolah Tahfiz Bunut Sarang Burung (Tumpat), Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (Kok Lanas) dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain