suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakitangan positif Covid-19, TVS tutup sementara bilik berita... bersiaran dari rumah

Suhaimi sendiri turut menyertai penyampai berita dan wartawan untuk bersiaran terus dari rumah dan lokasi lain.

STESEN televisyen milik kerajaan negeri Sarawak, TV Sarawak (TVS) akan menutup bilik beritanya buat sementara waktu susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Suhaimi Sulaiman.

Bagaimanapun menurut Suhaimi, perkara tersebut tidak mematahkan semangat kakitangan untuk memastikan penerbitan program dan berita diteruskan seperti biasa.

Suhaimi berkata, berita akan disiarkan dari rumah wartawan penyiaran menggunakan teknologi terkini memandangkan hampir kesemua staf perlu bekerja dari rumah.

Suhaimi menambah, beliau sendiri akan menyertai penyampai berita dan wartawan untuk bersiaran terus dari rumah dan lokasi lain.

"Covid-19 bukan alasan untuk kita tidak berkarya. Penonton mahukan berita yang terkini. Kita perlu jadi penyiar yang kreatif menggunakan cara terbaik untuk bersiaran dan berfikir secara lateral menyelesaikan masalah," katanya.

Tambah Suhaimi, pendekatan yang digunakan sesuai dengan misi TVS untuk menyampaikan kandungan yang segar, bermaklumat dan menghiburkan serta menjadi sumber inspirasi kepada semua. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain