suria

941... angka terendah jangkitan tahun ini, 5 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 941 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 941 kes baharu, menjadikan keseluruhan 342,885 kes setakat Isnin.

Kes baharu pada hari ini adalah jumlah kes terendah yang dicatatkan untuk tahun 2021, setakat ini.

Untuk rekod, kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarawak catat kes harian tertinggi! Jangkitan baharu 1,302 kes, 4 lagi korban Covid-19

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,219 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 941 kes baharu yang dilaporkan, 933 kes merupakan penularan tempatan dan baki lapan kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 219 kes, diikuti Sarawak (192) dan Johor (171).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,260 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,097 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 327,406 kes.

"Sehingga kini, terdapat 166 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 73 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain