suria

Sarawak catat kes harian tertinggi! Jangkitan baharu 1,302 kes, 4 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,302 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,302 kes baharu, menjadikan keseluruhan 341,944 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,380 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,302 kes baharu yang dilaporkan, 1,293 kes merupakan penularan tempatan dan baki sembilan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,199 kes, 2 lagi kematian... 167 dirawat di ICU

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 426 kes, diikuti Selangor (256) dan Pulau Pinang (212).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,255 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,127 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 326,309 kes.

"Sehingga kini, terdapat 169 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain