suria

Covid-19: Jangkitan baharu 1,199 kes, 2 lagi kematian... 167 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 1,199 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,199 kes baharu, menjadikan keseluruhan 340,642 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,209 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,199 kes baharu yang dilaporkan, 1,194 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,275 kes baharu Covid-19, satu lagi kematian

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 283 kes, diikuti Sarawak (267) dan Kelantan (138).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,251 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,257 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 325,182 kes.

"Sehingga kini, terdapat 167 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 72 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain