suria

Malaysia catat 1,275 kes baharu Covid-19, satu lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,275 kes baharu, menjadikan keseluruhan 339,443 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,269 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 478 kes, diikuti Sarawak (213) dan Pulau Pinang sebanyak 137 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal rekod kes harian tertinggi, Malaysia catat 1,360 jangkitan baharu Covid-19

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,249 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,509 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 323,925 kes.

"Sehingga kini, terdapat 161 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 70 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain