suria

Selangor kekal rekod kes harian tertinggi, Malaysia catat 1,360 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 338,168 kes Covid-19 setakat ini.

MALAYSIA merekodkan 1,360 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 338,168 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat rekod kes harian tertinggi dengan 356 kes baharu.

Sarawak berada di tangga kedua dengan 308 kes, diikuti diikuti Johor (129 kes) dan Pulau Pinang (113).

Kuala Lumpur mencatatkan 98 jangkitan baharu setakat Khamis, diikuti Perak (71), Sabah (70), Kelantan (63), Negeri Sembilan (49), Kedah (44), Melaka (32), Pahang (10), Putrajaya (8), Terengganu (6) dan Labuan (3).

Pada hari ini, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,248 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,248kes," ujar Dr Noor Hisham menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, 1,491 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 322,416 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 157 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?