suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek pandu Satria kuning dalam aksi kejar-mengejar di LDP ditahan

Suspek memandu ke arah yang bertentangan di sepanjang LDP.

SUSPEK yang melarikan diri dalam kejadian kejar-mengejar di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ditahan.

"Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Kiara.

"Dia cuba bersembunyi di belakang rumahnya sebelum berjaya ditahan pada pukul 8.30 malam Khamis," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi kejar-mengejar di LDP, polis terpaksa lepaskan tembakan pada tayar Satria kuning

Nik Ezanee berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes dadah.

"Suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah penjawat awam," katanya.

Pada Khamis petang, polis terpaksa melepaskan tembakan pada tayar sebuah kereta Satria Kuning dalam insiden kejar-mengejar di LDP.

Suspek juga cuba merempuh seorang anggota polis yang bertugas dalam kejadian.

Kereta tersebut berjaya dihalang berhampiran SS25, tetapi suspek melarikan diri dari tempat kejadian.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipandu suspek membawa kepada penemuan pelbagai barang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah kenderaan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain