suria

Ugut mahu tembak pemandu lori didakwa jalin hubungan sulit dengan isteri orang, dua lelaki ditahan polis

Dua lelaki ditahan selepas mengugut mahu menembak seorang pemandu lori. Gambar hiasan

DUA suspek ditahan polis di Kanowit, Sarawak selepas cuba mengugut mahu menembak seorang pemandu lori.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintenden Tega Bilong berkata pemandu lori berusia 55 tahun itu membuat laporan polis setelah seorang suspek mengancam akan menembaknya kira-kira pukul 5 petang pada Khamis (25 Mac).

Katanya, suspek mendakwa pemandu lori itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya ketika dia bekerja di luar negara.

Mangsa mendakwa dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Nanga Bat dengan menunggang motosikal ketika dua suspek berusia 45 dan 55 tahun memberhentikan kereta mereka di hadapannya.

"Kerana takut, pemandu lori itu segera lari. Mangsa juga telah menerima pesanan mesej daripada isteri suspek yang mengatakan suaminya akan menembaknya (mangsa)," kata Tega.

Tambahnya, suspek berusia 45 tahun yang merupakan suami kepada wanita berkenaan telah meminjam pistol daripada seorang suspek lain.

Polis kemudian merampas pistol buatan sendiri itu pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain