suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reset politik, Umno terbuka berunding dengan mana-mana parti untuk wujudkan kerajaan selepas PRU15

Kata Ahmad Zahid, Umno terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan rakyat yang mahukan kewujudan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik negara ini.

Jelas beliau, Umno terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Justeru, kita perlu dominan barulah kita relevan. Untuk itu, kepimpinan UMNO di semua peringkat pusat dan seluruh akar umbi harus berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menghadapi reset politik ini selepas PRU15, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain