suria

5,728 kes positif Covid-19, 13 lagi korban... 319 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 5,728 kes positif Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5,723 kes baharu, menjadikan keseluruhan 209,661 kes setakat Sabtu.

Daripada 5,728 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat lima kes jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5,725 kes... Rekod harian tertinggi Covid-19,16 lagi korban

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,285 kes diikuti Johor (792), Kuala Lumpur (480) dan Sabah (263).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 13 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 746 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 13 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 746 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Ia melibatkan kematian 12 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Sehingga hari ini, 3,805 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 161,527 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 319 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain