suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura gantung kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia bermula 1 Februari

Selain Malaysia, dua lagi negara iaitu Jerman dan Korea Selatan turut terlibat. FOTO: NUR AISYAH MAZALAN / The Star.

DALAM mengurangkan risiko jangkitan kes import Covid-19, kerajaan Singapura akan menggantung kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah peraturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) selama tiga bulan bermula 1 Februari ini.

Selain Malaysia, dua lagi negara iaitu Jerman dan Korea Selatan turut terlibat.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Luar (MFA) republik itu pada Sabtu.

Ujar kenyataan itu, ia bagi membolehkan mereka menilai riisko jangkitan kes import di negara Singapura dalam kalangan pelancong luar.

"Singapura akan mengkaji semula pengaturan RGL pada akhir tempoh penggantungan. Pelancong yang telah diluluskan untuk memasuki Singapura di bawah RGL ini boleh meneruskan perjalanan mereka.

"Sebarang perubahan pada langkah-langkah sempadan akan dikemaskini di laman web SafeTravel.

"Pelancong dinasihatkan untuk mengunjungi laman web untuk memeriksa langkah-langkah sempadan yang terbaharu," ujar kenyataan itu.

Untuk rekod, RGL dilaksana bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan bagi jangka masa pendek untuk tujuan perniagaan penting dan perjalanan rasmi - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain