suria

Selangor masih catat jangkitan tertinggi, 9 lagi korban Covid-19... Malaysia rekodkan 1,937 kes baharu

Malaysia merekodkan 1,937 kes positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

MALAYSIA merekodkan 1,937 kes positif Covid-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 82,246 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,751 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 1,935 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 6 lagi maut, 123 dirawat di ICU... Malaysia rekod 1,810 kes positif baharu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes, diikuti Sabah sebanyak 429 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 238 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan sembilan kes kematian pada Sabtu.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 411 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Sehingga hari ini, 911 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 68,084 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 121 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut ringkasan kes kematian pada Sabtu:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, 9 korban, Selangor

Artikel Lain