Bukan saja dirogol, pesalah pedofilia warga Britain diseksa sehingga mati dalam penjara

Huckle maut semasa menjalani hukuman di dalam penjara di United Kingdom.

PERINCIAN tentang bagaimana penjenayah pedofilia warganegara Britain, Richard Huckle, diperkosa, diseksa dan dibunuh di dalam penjara didedahkan dalam perbicaraan di Mahkamah Hull Crown di United Kingdom.

Mahkamah diberitahu banduan satu sel dengannya, Paul Fitzgerald mencekik Huckle dan memasukkan sebatang pen ke dalam hidung sehingga menebusi otaknya pada Oktober tahun lalu.

Metro, tabloid terkenal di Britain memetik pendakwa raya Alistair Neil Macdonald sebagai berkata bahawa objek tersebut turut dimasukkan ke dalam dubur dan otak Huckle sebagai satu ‘bentuk hukuman’ atas kejahatan yang dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesalah pedofilia Richard Huckle ditemui mati dalam penjara

Macdonald menambah bahawa serangan itu ‘dirancang dengan teliti dan dipertimbangkan’ oleh Fitzgerald yang dipenjarakan seumur hidup pada 2009 kerana menyerang seorang pejalan kaki wanita secara seksual.

Suspek berusia 30 tahun itu disabitkan atas kesalahan membunuh Huckle yang terlibat merogol lebih 200 kanak-kanak di Malaysia.



Jenayah dilakukan Huckle menggemparkan negara suatu ketika dulu.

Fitzgerald mengaku tidak bersalah, dengan pihak pembelaan mendakwa ia adalah pembunuhan dengan tanggungjawab yang dilemahkan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Fitzgerald melakukan serangan itu untuk membiarkan Huckle merasa sendiri apa yang dilakukannya terhadap ramai kanak-kanak.

Macdonald memberitahu mahkamah dalam satu temubual dengan konsultan dikenali sebagai Dr Shenoy, Fitzgerald telah menggambarkan serangan itu sebagai ‘keadilan puitis’.

Malah Macdonald turut memberitahu juri pada hari pertama perbicaraan bahawa mereka mesti memutuskan sama ada Fitzgerald bersalah melakukan pembunuhan atau pembunuhan dengan tanggungjawab yang semakin rendah, seperti yang dituntut oleh pihak pembelaan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pada waktu pembunuhan, defendan mengalami masalah kecelaruan identiti.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama lima hari. - The Star

Artikel Berkaitan

Artikel Lain