suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran Nando's di Palm Mall Seremban ditutup selepas pekerja sambilan positif Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/Foto Bernama

RESTORAN Nando's bagi cawangan Palm Mall Seremban di Negeri Sembilan ditutup buat sementara waktu selepas seorang pekerja sambilan disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan di halaman Facebook rangkaian restoran itu, ia memberitahu bahawa cawangan tersebut ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sehingga pengumuman lanjut oleh Kementerian Kesihatan.

"Di Nando's, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami dan komuniti adalah keutamaan kami.

"Seorang pekerja sambilan, yang merupakan pelajar di universiti tempatan, diminta untuk menjalani kuarantin kendiri susulan mendapat maklumat terdapat kes di sana, dia kemudian disahkan positif hari ini," menurut Nando's dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Syarikat itu memberitahu, pekerja sambilan tersebut tidak hadir ke restoran sejak selesai bertugas pada 5 Oktober lalu, dan sejak itu dibawa ke Hospital Rembau untuk kuarantin dan menerima rawatan.

"Sebaik menerima pemberitahuan daripada kementerian, kami segera menutup restoran untuk kerja-kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh, sementara semua kakitangan diminta untuk menjalani kuarantin dan melakukan ujian saringan Covid-19, mengikut garis panduan kementerian," katanya.

Menurut restoran itu, seorang kakitangan lain di cawangan tersebut merupakan kontak kepada pekerja sambilan tersebut, telah diberikan cuti bergaji untuk menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain