suria

Covid-19: 354 kes baharu direkodkan, 6 kematian di Sabah... 3 lagi kluster dikesan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. - gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 354 kes baharu, menjadikan keseluruhan 14,722 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 3,863 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 354 kes baharu yang dilaporkan, dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 352 kes penularan tempatan, sebanyak 332 adalah warganegara dan 20 warga asing.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 152 kes," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata, enam kes kematian tersebut dilaporkan di Sabah.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 188 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,707 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 68 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara, Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat tiga kluster baharu Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain