suria

Covid-19: Ini senarai negara yang mana rakyatnya disekat masuk Malaysia

Malaysia mengenakan sekatan ke atas rakyat dari negara yang mencatatkan lebih 150,000 kes Covid-19. Gambar hiasan/Foto MOHD SAHAR MISNI

JABATAN Imigresen mengeluarkan senarai negara-negara yang mana warganya dilarang memasuki Malaysia, berkuat kuasa Isnin (7 September).

Sekatan itu berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19, dikenakan ke atas warga asing dari 12 negara - Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, Bangladesh dan United Kingdom.

Turut tersenarai adalah Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia laksana sekatan bermula 7 September untuk rakyat dari negara catat kes Covid-19 tertinggi, Amerika dan UK turut tersenarai

Senarai tersebut dipaparkan di halaman Facebook Jabatan Imigresen.

Pada 3 September lalu, Pada 3 September, kerajaan mengumumkan akan mengenakan larangan masuk ke atas warganegara yang mencatat lebih dari 150,000 kes positif Covid-19 mulai 7 September.



Senarai kemasukan ke Malaysia bagi negara-negara yang mencatatkan lebih 150,000 kes Covid-19. Foto Facebook Jabatan Imigresen

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menambahkan lebih banyak negara yang dianggap berisiko tinggi ke dalam senarai dan sekatan kemasukan warganya ke negara ini.

Walau bagaimanapun, untuk kes kecemasan atau melibatkan hubungan dua hala, pihak berkuasa akan membuat pengecualian dan akan membenarkan kemasukan mereka.

Pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia, termasuk pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP).

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain