suria

Terkini 6 kes baharu Covid-19 direkodkan, 4 pesakit di ICU

Orang awam memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19. Gambar hiasan Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,360 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 153 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada enam kes baharu yang dilaporkkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan semua bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham, kedua-dua kes adalah penularan tempatan, dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,079 kes.

"Sehingga kini, terdapat empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain