suria

Terima rasuah, lindungi premis tanpa lesen... SPRM tahan 3 penguatkuasa MBSA

Isu perniagaan secara haram oleh warga asing di Sungai Buloh menjadi topik hangat pada minggu ini.

ISU pihak berkuasa yang berat sebelah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen menjadi perbualan hangat pada minggu ini.

Antara yang paling mendapat liputan tentunya dakwaan seorang pemilik rangkaian burger, Asri Janggut sehingga dia bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi perhatian ramai selepas bongkar aktiviti haram, pemilik bisnes burger jumpa KPN

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal

Dalam perkembangan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3,500 secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar daerah itu.

Tiga suspek berkenaan berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, selepas mereka dipanggil untuk memberi keterangan pada 9 pagi Selasa.

Sumber berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai penguatkuasa dari MBSA Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

“Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video itu, kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

“Peniaga berkenaan telah beroperasi sejak 2019 dan dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa, bagi mengelakkan sebarang tindakan, ” katanya. - BERNAMA.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain