Jadi perhatian ramai selepas bongkar aktiviti haram, pemilik bisnes burger jumpa KPN

Asri turut bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

BUKAN suspek, tapi pemberi maklumat.

Demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berhubung lelaki dikenali sebagai Asri Janggut yang membuat dakwaan mengenai pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal

Kata Noor Azam, polis juga tidak akan memanggil Mohd Asri Hamid yang juga pemilik dan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia itu.

"Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

"Tapi sayang, dia telah mendedahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mendedahkan dirinya dan sepatutnya usah mendedahkan identiti," ujarnya.

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terdedah ia boleh mengundang masalah.

Akibat dakwaan itu, video yang dikongsi Asri turut menjadi tular sehingga namanya menjadi sebutan ramai.

Terdahulu, Asri turut bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

Malah, Abdul Hamid turut berkongsi pertemuan itu menerusi laman Facebook miliknya. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik

Lebih sejuta korban Covid-19 di seluruh dunia