Letusan Sinabung di Sumatera dijangka beri kesan kepada ruang udara Malaysia

Asap debu gunung berapi tersebut dijangka memasuki ruang udara negara Malaysia. Foto: Xinhua/Anto Sembiring.

LETUSAN gunung berapa Sinabung di Sumatera, Indonesia pada Isnin dijangka memberi kesan kepada Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Disebabkan letusan pada pukul 11.37 pagi Isnin lalu, asap debu gunung berapi tersebut dijangka memasuki ruang udara negara di Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Sememanjung Malaysia.

Antaranya, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Berdasarkan kepada model trajektori HYSPLIT yang dijana MET Malaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita.

"Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara kita akibat letusan gunung berapi tersebut," ujar MET Malaysia menerusi satu kenyataan.

Malah, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara juga menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana).

Dalam pada itu, MET Malaysia menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan maklumat terkini yang dikeluarkan mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Harga petrol, diesel naik