suria

Kematian akibat Covid-19 kekal 125, Malaysia catat 11 kes positif baharu

11 kes positif Covid-19 direkodkan pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 11 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,094 kes setakat Isnin.

Daripada 11 kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import manakala enam lagi merupakan kes penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Face shield lebih murah, boleh diulang pakai... purdah, selendang dipertimbang alternatif pelitup muka - Ismail Sabri

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 125 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 125 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 19 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,803 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, satu kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain