suria

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19

Malaysia merekodkan sembilan kes positif Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan sembilan kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,103 kes setakat Selasa.

Daripada sembilan kes baharu yang telah dilaporkan, lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan selebihnya empat penularan di dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Panglima perang’ KKM muncul semula pada sidang media Covid-19, selamat kembali bertugas Dr Rohaizat!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 125 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 125 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Selasa petang.

Sehingga hari ini, enam kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,809 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain