‘Panglima perang’ KKM muncul semula pada sidang media Covid-19, selamat kembali bertugas Dr Rohaizat!

Dr Rohaizat kembali berkhidmat secara kontrak di KKM sehingga akhir tahun.

'PANGLIMA perang' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini kembali berjuang demi negara.

Setelah dua bulan hilang daripada pandangan pengamal media, kelibat Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kesihatan, Datuk Dr Rohaizat Yon yang digelar panglima perang KKM muncul semula pada sidang media Covid-19 pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memulakan sidang media beliau pada Isnin dengan pengumuman bahawa Dr Rohaizat kembali berkhidmat sehingga akhir tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhiri sidang media Covid-19 dengan berita sedih, Dr Noor Hisham sebak umum persaraan Dr Rohaizat 'panglima perang' KKM

ARTIKEL BERKAITAN: Suaranya tidak pernah mengisi sidang media Covid-19, tapi Dr Rohaizat bertugas siang malam pastikan kesiapsiagaan frontliners

Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri di KKM pada 6 Ogos lepas.

Selepas sidang media di KKM pada Isnin berakhir, Dr Rohaizat yang kelihatan ceria mengambil kesempatan mendekati wakil media yang sedang sibuk menulis berita untuk bertanya khabar.

Wakil media yang hadir turut mengucapkan selamat kembali ke KKM kepada beliau.

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

Pengumuman persaraan Dr Rohaizat oleh Dr Noor Hisham menyentuh hati wakil media ketika itu apabila Ketua Pengarah Kesihatan sebak sambil menggelarkan Dr Rohaizat sebagai panglima perang beliau. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain