suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri beri penjelasan selepas ramai risau tak boleh rentas negeri sambut Aidiladha

Kerajaan nafi bakal lakukan sekatan perjalanan sempena Hari Raya Aidiladha.

SPEKULASI dalam kalangan netizen yang beranggapan sekatan perjalanan antara negeri bakal dikenakan sempena Hari Raya Aidiladha ternyata tidak berasas.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Isnin.

"Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung tapi kena patuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Walaupun kerajaan bagi kebenaran, kita kena jaga kita. Pastikan diri kita sentiasa terjaga.

"Seperti saya sebut walaupun sembelihan (ibadah korban) dibenarkan, tetapi SOP tetap perlu dipatuhi," ujarnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain bebas merentas negeri, Ismail Sabri berkata perjalanan antara daerah juga tidak menjadi masalah buat rakyat di negara ini.

Namun, hal itu ternyata berbeza dengan negeri Sarawak yang melarang perjalanan antara dua zon bermula 1 hingga 14 Ogos ini.

Jelas Ismail, kerajaan Sarawak memutuskan hal itu bagi mengekang penularan Covid-19 yang meningkat, khususnya di sekitar Kuching.

Zon 1 (Zon Merah, Zon Kuning) terdiri daripada bahagian Kuching, Serian dan Samarahan manakala Zon 2 (Zon Hijau) meliputi bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Selain larangan perjalanan antara zon, kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengurangkan penerbangan ke negeri itu untuk tempoh sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain