suria

Kerajaan tiada pilihan lain, terpaksa laksana semula PKP jika kes Covid-19 cecah tiga angka

Jika kes Covid-19 mencecah tiga angka, kerajaan tiada pilihan dengan melaksanakan semula PKP. Foto: Bernama

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kes Covid-19 kembali mencecah tiga angka.

Amaran tersebut disuarakan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 2 hari! Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid-19 ke-2

"Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini.

"Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia bersempena Program Cakna Veteran ATM di Wakaf Mek Zainab di Kota Bharu pada Ahad.

Mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini, Ismail berkata perkembangan itu berpunca daripada kealpaan masyarakat termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Esok akan ada satu mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan akan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti," katanya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang pulang bersempena Hari Raya Aidiladha supaya mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKP, Covid-19

Artikel Lain