suria

Kali ke-3 sifar penularan tempatan, Malaysia catat 6 kes import Covid-19 pada Khamis

Kesemua enam kes positif Covid-19 yang direkodkan pada Khamis merupakan kes import.

ENAM kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,683 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 63 kes, yang mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada enam kes tersebut, kesemuanya merupakan kes import membabitkan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kes positif Covid-19 pada Rabu, tiada penularan tempatan

"Kesemua kes dicatatkan adalah kes import iaitu lima warganegara dan satu bukan warganegara. Tiga kes dari Indonesia, dua kes dari Singapura dan satu kes dari Mesir.

"Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini," katanya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter.

Dr Hoor Hisham juga memaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

Sehingga hari ini, 13 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,499 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan satu memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain