suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pawagam pandu lalu dapat lampu hijau di Malaysia, ini SOP yang anda wajib tahu

Pawagam secara pandu lalu mula dibenarkan di negara ini.

KERAJAAN hari ini meluluskan permohonan bagi aktiviti pawagam pandu lalu (drive-in cinema).

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan pada Khamis.

"Mesyuarat Khas telah bersetuju untuk membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Antaranya, pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat atas talian (on- line) dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru)," ujarnya.

Di lokasi terlibat pula, petugas Rela akan ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain