DBKL beku permohonan baharu lesen arak serta merta!

Seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas dirempuh seorang pemandu kereta dipercayai mabuk dalam kejadian awal pagi Isnin.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras, berkuat kuasa serta merta.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata, keputusan tersebut adalah sebagai maklum balas terhadap saranan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang meminta kerajaan menghentikan pengeluaran lesen penjualan minuman keras sehingga garis panduan baharu dan undang-undang diteliti.

Dalam surat pekeliling pada Selasa, ia juga menambah bahawa penguatkuasaan akan dilakukan di premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi dirempuh pemandu mabuk, mangsa maut selepas hantar makanan dijual isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kemalangan babitkan pemandu mabuk, KPKT sedia pertimbang beku lesen penjualan arak

Keputusan itu dibuat susulan beberapa insiden kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk termasuk kejadian pada awal pagi Isnin, di mana seorang penghantar makanan terbunuh semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, akibat dirempuh seorang pemandu dipercayai mabuk.

Pemandu tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin

Suspek yang merupakan pembantu kedai aksesori kereta, Khor Yong Zhang, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Dia didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Khor didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan, yang memperuntukkan denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan hukuman penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, jika disabit kesalahan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mabuk, arak, kemalangan

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain