suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak kemalangan babitkan pemandu mabuk, KPKT sedia pertimbang beku lesen penjualan arak

Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk. Foto: Twitter redzuanNewsMPB

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak berikutan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi dirempuh pemandu mabuk, mangsa maut selepas hantar makanan dijual isteri

"Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

"Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, ...kerajaan harus memikirkan masa depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di Teluk Intan, Perak pada Selasa.

Zuraida berkata pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

Baru-baru ini, semakin banyak berlaku kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

arak, mabuk, KPKT

Artikel Lain