“Melihat apa yang berlaku begitu memilukan” - Penuntut Malaysia kongsi situasi tunjuk perasaan di AS, jadi sukarelawan bantu bersihkan jalan di Minneapolis

Kelihatan beberapa sukarelawan membantu membersihkan jalan kawasan sekitar yang terjejas gara-gara tunjuk perasaan ekoran kematian George Floyd, baru-baru ini. Foto: AFP

"MELIHAT apa yang berlaku, dengan keadaan restoran dan kedai yang biasa saya kunjungi musnah, begitu memilukan," kata Lee Yen, seorang pelajar Malaysia yang tinggal di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS).

Lee Yen, 24, berpindah ke Minneapolis pada Februari lalu, namun pernah menetap di Minnesota selama enam tahun.

Pelajar wanita ini malah turut membantu membersihkan jalan-jalan di sekitar Minneapolis yang rosak teruk gara-gara tunjuk perasaan besar-besaran ekoran kematian George Floyd.

ARTIKEL BERKAITAN: AS digegar pendemontrasi gara-gara kematian George Floyd, rakyat Malaysia diminta waspada... patuhi perintah berkurung

George Floyd, 46, seorang lelaki berkulit hitam di Minneapolis mati ketika ditahan polis pada Isnin minggu lalu, mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh AS yang menyifatkan ia berpunca daripada kekejaman polis.

"Saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu. Hati nurani saya tidak akan tenteram jika saya duduk di rumah dengan senyap sedangkan semua ini berlaku hanya kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah saya,"katanya.

Lee Yen berkata, sekurang-kurang dengan menjadi sukarelawan, dia dapat menyumbangkan sesuatu untuk komuniti.

"Melihat berita sepanjang minggu itu sangat menyedihkan. Minneapolis bukan kampung halaman saya tetapi ia adalah bandar yang indah dan saya sangat menyukai kawasan ini,"kata Lee Yen.

Gambar dan video yang dikirimkannya menunjukkan bangunan-bangunan serta kedai-kedai musnah sama sekali.



Lee Yen kini menetap di Minneapolis sejak Februari lalu, dan pernah tinggal di Minnesota selama enam tahun.

Graffiti turut disembur di dinding bangunan, papan kayu di bahagian depan kedai dan perhentian bas, katanya.

"Mereka menulis papan kayu dengan perkataan 'Black Lives Matter' atau 'Tanpa keadilan, tiada kedamaian," ujarnya yang sedang melanjutkan pelajaran dan bidang pengurusan.

Lee Yen berkata, majoriti penunjuk perasaan berhimpun untuk menuntut keadilan dalam keadaan aman, namun hanya sebilangan kumpulan kecil yang melakukan keganasan.

"Apa yang tidak dilihat oleh orang ramai adalah bahawa pada siang hari, tunjuk perasaan itu berlangsung aman. Ramai orang begitu bersemangat untuk membuat perubahan dan mendapatkan keadilan.

"Hanya sekelompok kecil sahaja yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

"Ramai orang tidak betul-betul memahami latar belakang isu sosial yang sedang berlaku.

"Black Lives Matter bukan baru bermula, ia sudah bermula bertahun-tahun lalu," katanya.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Lee Jia Jia, yang juga tinggal di Minneapolis, berkata: "Tiada siapa menyangka perkara akan menjadi buruk. Kami berharap pegawai polis (dalam kes Floyd) akan dipertanggungjawabkan dan ada perubahan dalam sistem."

Seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Saiful Salihudin, mengatakan bahawa tunjuk perasaan hanya terhad di beberapa kawasan sahaja.

"Ia belum tersebar luas," kata Saiful, 28, yang merupakan penuntut di Universiti Columbia dan sedang menjalani latihan praktikal di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kedutaan Besar Malaysia di Washington, DC pada Sabtu lalu menasihatkan rakyat Malaysia untuk terus berwaspada susulan situasi terkini di AS.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi melalui e-mel mwwashington@kln.gov.my dan consularwdc@kln.gov.my atau dengan menghubungi talian + 1-202-572-9700. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain