suria

30 kes baharu positif Covid-19, lelaki usia 47 tahun korban terbaharu

Satu lagi kematian direkodkan pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 30 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,383 kes setakat Selasa.

Daripada jumlah kes itu, tiada kes import direkodkan.

Penularan tempatan sebanyak 30 kes itu melibatkan 21 kes dikesan di kluster lokaliti Perintah Kawalan Perintah Diperketatkan (PKPD).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu lagi korban terbaharu akibat akibat virus itu dicatatkan pada hari ibi, menjadikan jumlah keseluruhan 106 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kes kembali 2 angka dengan 55 positif Covid-19 hari ini... tiada kematian direkod

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 106 iaitu bersamaan 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Tambahnya, seramai 24 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 83 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 4,567 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Berikut adalah butiran kes kematian ke-106:

- Kes ke-106 merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 47 tahun. Dia dimasukkan ke hospital swasta pada 15 Mac lalu dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac setelah disahkan positif Covid-19.

- Beliau meninggal dunia pada 5 Mei pukul 2.10 pagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain