suria

Jumlah kes kembali 2 angka dengan 55 positif Covid-19 hari ini... tiada kematian direkod

Malaysia mencatatkan 55 kes baharu pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 55 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,353 kes setakat Isnin.

Daripada jumlah 55 kes itu, tujuh adalah kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian kembali ke ‘tiga angka’, terbaharu 105 positif Covid-19... tiada kematian direkodkan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada korban terbaharu akibat akibat virus itu dan jumlah keseluruhan kekal 105 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 105 iaitu bersamaan 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Tambahnya, seramai 28 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 71 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan 4,484 pulih di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain