suria

Lagi kluster baharu, kali ini di Taman BDC, Kuching... catat 37 kes positif libatkan keluarga, jemaah masjid dan rakan sekerja

KKM memaklumkan pertambahan satu kluster baharu yang dikesan di Kuching, Sarawak. Foto: Bernama

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti pertambahan satu kluster baharu Covid-19 di Kuching, Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster yang dikenali sebagai kluster Taman BDC itu melibatkan kes indeks perhimpunan di Sri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kes kembali 2 angka dengan 55 positif Covid-19 hari ini... tiada kematian direkod

"Ingin dimaklumkan ada satu kluster baharu dikenalpasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC melibatkan sejumlah 37 kes.

"Ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks yang sudah menjangkiti keluarga, ahli masjid dan rakan sekerja. Jangkitan melibatkan tiga generasi," katanya dalam sidang media harian Covid-19 pada Isnin.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan kemaskini terbaru bagi kluster-kluster yang masih aktif di Malaysia sehingga 4 Mei.

Kluster tersebut adalah:

Pasar Chow Kit - pertambahan 16 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 44 kes

Sendayan - pertambahan lima kes, menjadikan jumlah keseluruhan 109 kes

Pesantren - pertambahan tiga kes, menjadikan jumlah keseluruhan 222 kes

Kampung Baru - pertambahan dua kes, menjadikan jumlah keseluruhan 24 kes

Madrasah Air Merbau, Jasin - pertambahan satu kes, menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes

"Kluster lain tiada pertambahan setakat ini.

"Kluster madrasah di Lanchang, Pahang kita ada enam kes dan tak ada peningkatan, kita dah masukkan mereka ke hospital dan sedang mengesan kontak rapat kluster ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kluster, Taman BDC, Covid-19

Artikel Lain