suria

Kes harian kembali ke ‘tiga angka’, terbaharu 105 positif Covid-19... tiada kematian direkodkan

COVID19

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 105 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,176 kes setakat Sabtu.

Daripada jumlah kes itu, 11 adalah kes import.

Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes dengan 60 kes dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebanyak 69 kes positif direkodkan pada Jumaat, 57 (Khamis) dan 94 pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kematian akibat virus itu direkodkan pada Sabtu, menjadikan kematian keseluruhan kekal 103 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Tindakan PKPB tersedia... segera laksana ‘lockdown’ di lokaliti, premis catat penularan kes Covid-19

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada kematian berkaitan Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Tambahnya, seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 116 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan pulih di Malaysia sebanyak 4,326 kes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain