Ingkar PKP: Nurul Hidayah, suami didenda RM800

Nurul Hidayah dan suaminya didenda masing-masing RM800 atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Foto Bernama

ANAK Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff didenda masing-masing RM800 di Mahkamah Majistret di Putrajaya pada Selasa atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan itu dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan suami isteri itu, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pasangan ini bergerak dari Jalan Bayu Nyaman County Height, Kajang ke Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya yang merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan.

Nurul Hidayah yang memakai jubah hitam manakala suaminya bersut warna yang sama, mengangguk tanda faham selepas kertas pertuduhan menyatakan mereka melakukan salahan itu pada jam 9 pagi, 20 April lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar mencadangkan kedua-dua tertuduh itu, dikenakan denda maksimum beserta penjara kerana kesalahan dilakukan ketika PKP fasa ketiga berkuat kuasa.

“Alasan mahu memenuhi jemputan itu, bukan satu pengecualian untuk mereka melanggar PKP, ” katanya.

Ia susulan permohonan peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Nurul Hidayah merayu, agar anak guamnya dikenakan denda pada kadar minimum.

“Jika tak dapat bon berkelakuan baik sebagai amaran, saya mohon anak guam saya dikenakan denda pada kadar rendah.

“Ini kerana mereka menerima surat jemputan daripada Timbalan Menteri bagi membincangkan sambutan Hari Bumi yang sepatutnya berlangsung 22 April lalu, ” katanya.

Terdahulu, Nurul Hidayah, 41, memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa Nurul Hidayah dan suaminya melanggar PKP dan seolah-olah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk membolehkannya berbuat demikian.

Walaupun foto dimuat naik Nurul Hidayah menunjukkan ada penjarakan sosial namun netizen tetap mengkritik tindakan itu selain menuduhnya sebagai 'kebal' di sisi undang-undang. - Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain