suria

SOP zon merah Covid-19 dikenakan perintah lockdown diteliti, Lembah Pantai antara lokasi catat kes tertinggi

Petugas kesihatan yang memakai set peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan pemeriksaan ke atas seorang penghuni Menara City One selepas bangunan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan hari keenam PKPD dijalankan di bangunan berkenaan. fotoBERNAMA

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan kriteria kawasan zon merah yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KKM sedang meneliti beberapa kawasan yang mencatatkan taburan jangkitan tertinggi kes Covid-19 termasuk Lembah Pantai di ibu negara.

"KKM masih buat penilaian secara terperinci kerana pentingnya kali ini kita lebih fokus. Kita tidak mahu mengambil kawasan radius terlalu luas.

"Keputusan dicapai misalnya dulu satu kampung saja yang positif tapi kawasan ditutup terlalu luas sampai lima atau enam kilometer radius.

"Jadi kita akan lihat kalau di Lembah Pantai densitinya tinggi. Kita akan lihat bagaimana, tempat mana yang akan dilakukan lockdown tersebut," katanya pada sidang media petang Isnin

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kriteria kawasan yang perlu dikenakan PKDP memandangkan Lembah Pantai merekodkan lebih 350 kes setakat Isnin.

Selain Lembah Pantai, dua kawasan lain dengan masing-masing merekodkan lebih 300 kes ialah Petaling (308 kes), disusuli Hulu Langat (307 kes). 

Bagaimanapun tujuh kampung di Hulu Langat sedang menjalani PKPD susulan pertambahan kes Covid-19 yang mendadak di kawasan itu.

Berita selanjutnya selepas ini.

SOP, PKPD, KKM, Ismail Sabri

Artikel Lain