“Polis manusia biasa” - Ismail Sabri gesa rakyat beri kerjasama semasa PKP untuk elak tindakan keras

Anggota Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat sekatan jalan di Jalan Tun Sardon hari ini bagi mengawal pergerakan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Dua. Foto BERNAMA

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berdasarkan prosedur sedia ada, namun rakyat seharusnya mempunyai pertimbangan apabila pihak berkuasa menjalankan sekatan dan pemeriksaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, perkara yang membabitkan anggota akan diambil tindakan sewajarnya oleh PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mereka ada peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) sendiri, jadi kita serahkan kepada mereka,” katanya pada sidang media, petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Tiada lagi nasihat... Polis guna mod keras jika ingkar PKP fasa 2

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada polis yang menggunakan tindakan keras semasa penguatkuasaan PKP wajar disiasat.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan masyarakat agar memberi kerjasama yang penuh kepada pihak polis dalam menjalankan sekatan dan pemeriksaan.

“Polis adalah manusia biasa, kita yang duduk di rumah satu hari pun terasa berbagai-bagai dalam pemikiran. 

“Pihak polis ada yang menjalankan sekatan jalan raya panas berhujan, dari pagi hingga malam untuk membantu menyelamatkan nyawa rakyat di negara ini.

“Jadi, kita perlu memberi pertimbangan sewajarnya. Kalau niat polis baik untuk menyelamatkan nyawa tapi dimaki hamun sebagainya, saya percaya ada yang membuat tindak balas.

“Jadi tolong beri kerjasama kepada pihak polis bagi membantu mereka untuk menjalankan tugas, bagi menyelamatkan kita semua,” katanya.

Polis bersama ATM menjalankan sekatan jalan raya di seluruh negara. Foto Bernama

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang menganggu pihak berkuasa semasa menjalankan operasi PKP akan dikenakan tindakan di bawah kanun keseksaan.

“Kesalahan bukan sahaja mengingkari pematuhan PKP tetapi juga menganggu pihak polis menjalankan tugas, mereka bukan setakat melanggar Akta 342 (Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) tapi juga tindakan di bawah Kanun Keseksaan, sebab tu ada yang dikenakan penjara lapan bulan,” tambahnya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa kini menggunakan tindakan keras terhadap mana-mana individu yang mengingkari PKP.

“Tindakan-tindakan polis kini di tahap keras. Mula-mulanya berlembut dan nasihat, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini adalah mod keras,,” tambahnya.

Mengenai perkembangan terkini operasi PKP pada Sabtu, polis menahan 368 individu yang mengikari PKP, menurun sebanyak 11 peratus berbanding jumlah tangkapan pada hari sebelumnya.

polis, PDRM, maki, PKP, keras

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain