“Garis panduan kita adalah jelas, orang ramai perlu duduk rumah...” – KKM tak halang pakai topeng muka buatan sendiri

Seorang wanita memakai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Foto Reuters

KETUA Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya tidak akan menghalang orang ramai daripada memakai penutup muka buatan sendiri, susulan cadangan baharu oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

"Ia sememangnya terpulang kepada orang ramai untuk membuat keputusan. Garis panduan kita adalah jelas - orang ramai harus duduk rumah, mengelakkan kawasan yang sesak, mengamalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan.

"Tetapi semua petugas barisan hadapan atau pekerja di kaunter perkhidmatan mesti memakai topeng muka dan mereka juga tidak boleh mengabaikan pembersihan tangan dan penjarakan sosial," katanya kepada The Star pada Sabtu.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu menghentikan penularan Covid-19, rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk melakukan beberapa aktiviti asas seperti pergi ke pasar, farmasi, hospital atau pejabat untuk pekerjaan tertentu sambil mengamalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan bahawa penjarakan sosial mungkin tidak berkesan seperti yang ditunjukkan dalam kes Skagit Valley Chorale di Washington, AS.

Daripada 60 penyanyi yang mengikuti latihan koir di sana, 45 individu telah didiagnosis dengan Covid-19 dan sekurang-kurangnya tiga dimasukkan ke hospital dan dua orang meninggal dunia.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM akan mengesyorkan penggunaan topeng muka jenis bukan pembedahan berikutan cadangan yang dibuat oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Jumaat.

Kajian terbaru mendapati bahawa sesetengah individu yang dijangkiti Covid-19 menyebarkan penyakit kepada orang lain sebelum menunjukkan gejala, dan itu bermakna virus boleh merebak di antara orang yang berinteraksi dengan dekat sama ada melalui percakapan, batuk atau bersin.

Dengan bukti baharu, CDC mencadangkan pemakaian kain penutup muka di tempat awam di mana langkah-langkah penjarakan sosial lain sukar dilakukan seperti di kedai runcit dan farmasi.

"Kain penutup muka yang dibuat daripada barangan isi rumah atau dibuat sendiri daripada bahan biasa dengan kos rendah boleh digunakan sebagai langkah kesihatan awam sukarela, tambahan," kata CDC di laman webnya. - The Star

topeng muka, penjarakan sosial, CDC

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain