PKP: Pesalah muda disaran buat khidmat masyarakat, berbanding denda dan penjara

Anggota Polis bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa kenderaan dalam sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua. Foto Bernama

PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menyarankan supaya hukuman khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Datuk Zuhairi Ab Kadir berkata, hukuman khidmat masyarakat lebih baik dikenakan terhadap mereka berbanding denda atau penjara agar untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Menurutnya, ini kerana pesalah muda yang dipenjara kerana gagal membayar denda akan memberi kesan seumur hidup kerana mereka mempunyai rekod jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Polis sedia keluar kompaun jika ingkar PKP

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Tiada lagi nasihat... Polis guna mod keras jika ingkar PKP fasa 2

"Mereka ini perlu diberi peluang kedua agar tidak mengulangi kesalahan lampau dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.

"Saya berpendapat penjara sebenarnya bukanlah penyelesaian yang sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.

"Ini merupakan kesalahan pertama mereka, kemungkinan mereka ini harapan keluarga, sudah tentu pada yang gagal membayar denda itu dari kalangan keluarga miskin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, oleh demikian pihak berkuasa sewajarnya memandang kesan seumur hidup kepada pesalah muda yang melanggar PKP selepas mempunyai rekod banduan.

Sehingga kini, jumlah kes individu didakwa melanggar PKP semakin meningkat melibatkan ramai pesalah muda yang dijatuhi hukuman penjara selepas mereka gagal menjelaskan denda oleh mahkamah.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Rabu lalu, Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar PKP.

Zuhairi berkata, hukuman penjara dikenakan ke atas pesalah muda akan menjarakkan mereka dengan masyarakat dan boleh membawa impak negatif kepada pesalah dari segi psikologi sepanjang menjalani hukuman itu.

"Kesalahan mereka kecil sahaja jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah lain yang lebih berat. Kami berharap agar mahkamah menyemak semula hukuman yang dikenakan kerana masih ada alternatif selain memenjara untuk memberi kesedaran kepada pesalah muda.

"Bukanlah asing dalam sistem keadilan jenayah tanah air perintah khidmat masyarakat, tetapi ia perlu diperluaskan kepada pesalah-pesalah lain mengikut kesesuaian," katanya.

Katanya, hukuman seperti itu mewujudkan ruang bagi pesalah muda membuat pemulihan akhlak sekali gus memberi faedah kepada masyarakat.

“Oleh itu, kerajaan wajar meluaskan pelaksanaan hukuman ini melangkaui peruntukkan Seksyen Kanun Tatacara Jenayah sahaja.

"Untuk makluman, berdasarkan Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah membenarkan mahkamah mengenakan hukuman perintah khidmat masyarakat kepada setiap pesalah muda,” katanya. - Sinar Harian

PKP, khidmat masyarakat, denda, penjara

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain