suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hebat! Abang JPJ buat PPE untuk frontliner

Shaiful menunjukkan PPE yang dihasilkannya. Foto Facebook Shaiful Al Qausar

SEORANG pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pulau Pinang mengambil inisiatif sendiri menjahit sebanyak 100 peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan (frontliner) yang berjuang menangani Covid-19.

Shaiful Nizam Abu Bakar, yang merupakan penolong pegawai penguat kuasa dari unit khidmat komuniti JPJ di Pulau Pinang, menonjolkan bakatnya dengan menghasilkan sut berkenaan.

"100 helai in the making. Esok kita serah. Gawat dah frontliner... nak pakai baju ni. Semoga dipermudahkan, amin.

Sebahagian daripada 100 PPE yang dihasilkan Shaiful.

"Go away Covid-19... rakyat Malaysia, tolong duduk rumah," tulis Shaiful di halaman Facebook miliknya.

Posting Shaiful dikongsi oleh JPJ Pulau Pinang, pada Sabtu malam.

JPJ turut mengucapkan tahniah kepada Shaiful di atas usaha dan sumbangannya kepada petugas barisan hadapan semasa pandemik ketika ini. - The Star

JPJ, PPE, frontliner

Artikel Lain