suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi ahli Parlimen positif Covid-19

Rubiah Wang disahkan positif Covid-19.

AHLI Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang disahkan positif Covid-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan perkara tersebut pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19, memetik laporan Borneo Post.

"Setakat yang kita ketahui sekarang, seorang pembantu menteri dan seorang ahli Parlimen disahkan positif Covid-19," katanya.

Terdahulu, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil disahkan positif Covid-19, dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada Khamis malam bagi mendapatkan rawatan.

Dr Jerip yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong berkata, beliau dijangkiti virus itu dengan kontak yang dikaitkan dengan persidangan gereja, Good News Fellowship Conference Church, baru-baru ini.

Ahli Parlimen lain positif Covid-19 adalah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan telah discaj, manakala Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong masih menjalani rawatan. - The Star

Artikel Lain