PKPD: Penduduk boleh minta bantuan pusat di kawasan masing-masing - “Kalau rindu nak makan daging, boleh suarakan”

Kawasan yang diisytiharkan PKPD diawasi ketat oleh pihak berkuasa.

PENDUDUK di kawasan yang diisytiharkan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh membuat permintaan atau aduan kepada pusat yang diwujudkan di kawasan masing-masing.

Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat berkenaan akan menyelaras agihan barangan keperluan termasuk barang basah kepada penduduk di kawasan yang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara City One lokasi ke-3 PKPD, libatkan 502 unit kondo dan premis perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Penguatkuasaan PKP lebih tegas...“Sebenarnya ini kemahuan rakyat” - Ismail Sabri

Bagaimanapun ujar Ismail, memahami keadaan penduduk yang tidak boleh keluar masuk kerana pergerakan mereka dihadkan sepenuhnya, namun mereka boleh menyuarakan kepada pusat tersebut sekiranya mempunyai permintaan tertentu.

"Di setiap PKPD seperti di Hulu Langat, Simpang Renggam, Menara City One... memang selama ini kita hantar produk basah tetapi setiap kawasan tersebut kita wujudkan satu 'center' untuk bukan saja pantau pergerakan mereka tetapi menghantar barangan sebab mereka total lock down.

"Jadi apa saja keperluan yang diperlukan, mereka boleh mengadu di pusat disediakan. Untuk minta lampin pakai buang misalnya. Kita tak hantar setiap ruman sebab kita tak tahu siapa yang memerlukannya.

"Misalnya juga kalau rindu nak makan daging, boleh suarakan kepada pusat. Kita tak hantar semua kepada mereka kerana keperluan setiap keluarga berbeza-beza. Kalau uubat gigi habis misalnya, pun boleh minta bantuan petugas di pusat untuk bantu mereka," ujarnya dalam sidang media harian Covid-19 pada Ahad.

Ismail berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanyakan mengenai keresahan penduduk di kawasan PKPD untuk mendapatkan barangan basah selama tempoh tersebut.

Menara City One di Jalan Munshi Abdullah merupakan kawasan ketiga diisytiharkan sebagai kawasan di bawah PKPD. Foto iproperty.com

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ismail turut menjelaskan kekeliruan mengenai operasi dan aktiviti membabitkan sektor pertanian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Setiap aktiviti dan operasi yang berkaitan sektor pertanian adalah dibenarkan. Ada yang tanya boleh ke tabur benih padi, boleh ke turun ke laut... semuanya dibolehkan seperti biasa.

"Keseluruhan rantaian berkaitan pertanian dibenarkan... tak ada sekatan dan sebagainya.

"Penjualan produk pertanian dibuka seperti pasar (pusat jualan barangan segar terkawal) di bawah FAMA supaya peluang dan ruang rakyat untuk mendapatkan produk diperluaskan.

"Kedai baja pun boleh dibuka. Perkilangan yang berkaitan produk pertanian juga dibenarkan. Ini kerana kita tahu rakyat kita bergantung kepada produk pertanian dan perikanan... jadi tak ada isu yang mengatakan ada yang ditahan kerana bawa produk dan sebagainya," ujarnya lagi.

Untuk rekod, sehingga kini kerajaan telah mengisytiharkan tiga kawasan diletakkan di bawah PKPD iaitu Simpang Renggam (Johor), Sungai Lui (Hulu Langat, Selangor) dan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

PKPD, barang basah, pusat, Ismail Sabri

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain