Penguatkuasaan PKP lebih tegas...“Sebenarnya ini kemahuan rakyat” - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Penguatkuasaan PKP lebih tegas...“Sebenarnya ini kemahuan rakyat” - Ismail Sabri

Anggota polis melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Foto Bernama

KERAJAAN memberi peringatan bahawa peraturan baharu akan diperkenalkan susulan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir 14 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dalam masa terdekat.

Malah, beliau yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, setakat hari kelapan, tahap pematuhan arahan PKP yang dicatatkan masih 95 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

Katanya lagi, semalam sahaja seramai 110 tangkapan dibuat kerana melanggar PKP dan ia seiring dengan perubahan pendekatan polis kini daripada nasihat berhemah kepada tindakan lebih tegas.

“Sebenarnya ini kemahuan rakyat, saya menerima banyak mesej supaya perlu lebih tegas. Mereka tidak mahu hanya lima peratus yang degil, kesannya kepada 95 peratus.

“MKN diminta untuk mengeluarkan SOP baharu, yang mana peraturan akan jadi lebih tegas daripada peraturan yang ada hari ini. 

“Mungkin selepas ni akan ada banyak sekatan akan dikenakan, sama ada pembelian, dan mencari makan dan sebagainya.

“Ini bagi memastikan langkah-langkah ini dapat menyekat penularan Covid-19,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri mengenai Covid-19 pada Khamis.

Ismail berkata, mesyuarat bersama MKN akan diadakan pada Khamis malam bagi menyenaraikan SOP baharu yang lebih tegas untuk dibentangkan pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, hanya rakyat yang mampu menyekat penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Yang mampu untuk menyekat penularan adalah anda semua, yang mampu memutuskan rantaian daripada terus merebak.

“Tanggungjawab kita untuk memastikan selepas dua minggu nanti iaitu selepas 14 April, tiada lagi sekatan pergerakan. Kuasa yang ada di tangan anda.

“Kekal tinggal di rumah, duduk di rumah dan stay safe,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKP dikuat kuasakan dari 18 Mac hingga 31 Mac. Bagaimanapun, ia dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 14 April.

PKP , sekatan , peraturan , SOP , Covid-19

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain