Memang ‘rare’... jurutera selamba selubung plastik sampah satu badan ke pasar raya

Zamakhsyari lengkap memakai sut yang dihasilkan sendiri dengan menggunakan plastik sampah sebagai langkah mencegah jangkitan Covid-19 ketika membeli barangan keperluan harian di sebuah pasaraya. Foto Bernama

DEMI memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan Covid-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di Kuala Terengganu.

Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.

Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.

“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.

“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (Covid-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sambil memakai alat perlindungan rekaannya sendiri, Zamakhyari melihat senarai barangan yang perlu dibeli. Foto Bernama

Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.

Zamakhyari menambah pada Rabu merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamatan seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.

Zamakhsyari ketika membuat pembayaran di kaunter.

Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangkan penjawat awam menerima gaji pada Rabu.

Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata, pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah penjegahan penularan jangkitan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain