suria

Korban Covid-19 di Malaysia terus meningkat, angka terkini 19

Angkat kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 19 orang setakat Rabu.

SEBANYAK 19 kematian akibat Covid-19 di Malaysia, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat Rabu, sebanyak 172 kes baharu Covid-19, menjadikan kes keseluruhan dijangkiti virus itu di negara ini sebanyak 1,796 kes.

Beliau menjelaskan bahawa daripada jumlah itu, 71 kes berkaitan daripada kluster daripada perhimpunan tabligh di Sri Petaling, manakala baki 101 kes masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas hidap penyakit kronik korban ke-17 Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian ke-16 akibat Covid-19

"Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke-1,625, iaitu lelaki warga Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai penyakit kronik. Dia dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor. Pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 2 pagi 23 Mac.

"Kematian ke-19 ialah kes ke-1,246, iaitu wanita warga Malaysia berumur 68 tahun. Pesakit dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat, pada 19 Mac dan meninggal dunia pukul 12.53 pagi 25 Mac," katanya pada sidang media.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan pulang pada Rabu.

Beliau menambah, ia jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 sebanyak 199 kes.

"Setakat ini, seramai 45 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 34 pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.





covid-19, kematian, tabligh

Artikel Lain