suria

Peserta perhimpunan tabligh meninggal dunia, angka korban Covid-19 kini 20 orang

Petugas kesihatan melakukan saringan terhadap orang awam bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama

SATU lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Malaysia, menjadikan angka kumulatif korban terkini 20 orang.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu malam.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Covid-19 di Malaysia terus meningkat, angka terkini 19

"Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warga Malaysia berumur 76 tahun. Pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang, 25 Mac," katanya menerusi satu perkongsian di halaman Facebooknya.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit tersebut menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

"Pesakit telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020," tambahnya.

Terdahulu, beliau mengumumkan sebanyak 1,796 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Rabu, dengan pertambahan 172 kes baharu.

tabligh, Covid-19, kematian

Artikel Lain