Agong, Permaisuri kuarantin 14 hari, 7 petugas Istana Negara positif Covid-19 - Semasa | mStar

Agong, Permaisuri kuarantin 14 hari, 7 petugas Istana Negara positif Covid-19

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif Covid-19. Foto: Bernama

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong ,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kedua-duanya menjalani proses kuarantin bermula Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan keluar rumah, batal hasrat balik kampung titah Yang di-Pertuan Agong

Menurut Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Tambahnya, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif Covid-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Susulan perkembangan itu, menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam (Rabu) dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.

“Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya. - THE STAR

Agong , kuarantin , Permaisuri , Covid-19 , Istana Negara

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain